Syarikat Saaka Nilai Sdn Bhd

Syarikat Saaka Nilai Sdn Bhd pada mulanya diberi nama Syarikat Abdul Aziz sempena nama pengasasnya iaitu En. Abdul Aziz Bin Md Yoosof. Saaka bermaksud Syarikat Adik-Beradik Keluarga Abd Aziz dan Nilai ialah tempat asal Ahli Lembaga Pengarah dilahirkan. Pembabitan beliau dalam bidang perniagaan bermula pada tahun 1975, dengan berniaga secara kecil-kecilan.Sekitar tahun 1984 beliau bersama adik-beradiknya telah bermuafakat untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan tertubuhnya Syarikat Abdul Aziz dari gabungan adik-beradik. Dengan wang yang terkumpul, syarikat ini telah membeli sebuah van dan memulakan perniagaan dengan menjual barangan plastic di pasar malam di sekitar Negeri Sembilan sehingga Berjaya membuka sebuah kedai di Pekan Nilai. Pada tahun 1992 syarikat ini juga telah menubuhkan ekspo bergerak dalam penjualan barangan plastic di sekitar Negeri Sembilan, Selangor dan Johor.

Pada 13 Mei 1994 atas cadangan En. Abdul Malek Bin Md Yoosof, perniagaan ini telah didaftarkan dibawah Pejabat Pendaftaran Syarikat dengan dinamakan 'SAAKA NILAI SDN BHD' dengan modal berbayar sebanyak RM 500,000.00 dan modal dibenarkan ialah RM 1 juta. Kelima-lima beradik ini didaftarkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat.

Address: 
Nilai Negeri Sembilan
Malaysia
Type of Business: 
Products / Services: 
GPS: 
Latitude: 2.8393
Longitude: 101.795